Friday, December 11, 2009

ANDAINYA PEREMPUAN TAHU…SEBENARNYA…



1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..
15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!

Wednesday, September 09, 2009

Malam Terbaik dari Seribu Bulan (Lailatul Qadr)

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

IMAM GHAZALI dan beberapa ULAMA’ telah menyebut untuk mencari MALAM LAILATUL QADAR perlulah melihat pada awal mulanya Ramadhan...

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN.

II) ISNIN - MALAM QADR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN.

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN.

IV) KHAMIS- MALAM QADR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN.

V) SABTU- MALAM QADR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadr pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadr pada setiap malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadr ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat, seperti mendung
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dariNYA.

Wednesday, April 08, 2009

Adat dan Khurafat


Analogi kedatangan Islam ke alam Melayu Nusantara dipenuhi dengan pelbagai pandangan dalam catatan sejarah peradaban dunia. Wujud pelbagai teori yang menyatakan bahawa Islam telah bertapak kukuh semenjak lebih 200 tahun yang lalu di Tanah Melayu. Ia terjadi samada melalui hubungan perdagangan melalui negara China ataupun kehadiran pedagang asing yang berdakwah daripada Yaman, Parsi atau India. Setelah itu, dimensi baru yang disadur oleh Islam telah mengubah dunia Melayu daripada penganut amalan karut kepada jati diri Muslim yang bertamadun.

Merujuk kepada sejarah peradaban dunia sebelum kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu pada ketika itu boleh kita bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu:-

1 . Agama Buddha (memuja dewa)
2 . Agama Hindu (memuja dewi)
3 . Kaum orang asli (kepercayaan Animisme)


Agama Budha dan Hindu merupakan dua agama yang muncul daripada teras yang sama iaitu kepercayaan kepada pemujaan dewa dan dewi. Manakala, masyarakat kaum orang Asli pula sangat kuat berpegang dengan kepercayaan roh dan pemujaan jin. Percantuman ketiga-tiga golongan di atas sama ada melalui perkahwinan atau seumpamanya telah menghasilkan suatu pencampuran budaya dan adat resam dalam istiadat kebudayaan bangsa Melayu.

Berdasarkan variasi budaya luar yang telah timbul tadi, maka wujudlah pelbagai kelompok dalam masyarakat yang mempunyai fahaman dan amalan berlainan. Tuntasnya, dari situ lahirlah amalan-amalan yang dipanggil amalan ‘kebatinan’ atau ‘ilmu hakikat’ (ilmu isi) yang dipengaruhi hasil dari pencampuran elemen-elemen luar tadi.

Kedatangan syariat Islam ke Tanah Melayu telah berjaya menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan karut dalam amalan masyarakat Melayu. Tetapi, hingga ke hari ini masih wujud juga sekelumit amalan di dalam masyarakat Melayu yang masih tidak sedar bahawa sebahagian perkara yang mereka amalkan itu telah bercanggah dengan syariatNya.


Sehingga kini, amalan tersebut masih lagi hidup subur walaupun ada pihak yang telah mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Malah, golongan ini masih enggan meninggalkan kepercayaan yang diamalkan dan beranggapan bahawa adat-adat yang bercanggah tersebut sebenarnya seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam.

Jika kita soroti makna adat, ia boleh didefinisikan sebagai peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun di dalam sesebuah pola masyarakat. Ia merupakan hukum atau peraturan yang mesti dipatuhi. Pengamalan dan pegangan adat di alam masyarakat Melayu pada zaman dahulu amat tegar sehingga sangat sinonim dengan pepatah ‘biar mati anak, jangan mati adat’.

Ia jelas menunjukkan peri pentingnya adat dalam masyarakat nusantara terutamanya bangsa Melayu. Persoalannya, golongan manakah yang mewujud dan memperkenalkan adat istiadat ini dan sejak bilakah ia telah bertapak dalam masyarakat Melayu? Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu kini masih bertepatan dengan hukum agama (Islam) atau bertentangan sama sekali dengan hukum syara’ (khurafat)?


bersambung.............

Thursday, February 21, 2008

Warisan Penjajah

Menurut pengkaji-pengkaji dan penulis-penulis Barat di dalam buku-buku yang ditulis oleh mereka, bahawa perkataan sekular berasal daripada perkataan latin yang memberi erti tidak ada agama. Ada di antara mereka yang menafsirkannya makna duniawi - dunia semata-mata.
Akhirnya fahaman sekular menjadi anutan orang-orang Barat. Munculnya fahaman ini hasil daripada pertarungan di antara paderi-paderi yang berada di gereja dan pihak atasannya yang memerintah negara dan antara pihak kerajaan dan ahli-ahli sains yang meneroka ilmu dunia.

Dunia Barat menganut agama Kristian yang diselewengkan daripada agama Islam yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s diperintahkan oleh Allah Taala supaya berpegang dengan pengajaran kitab Injil dan sebahagian daripada hukum Taurat, kerana sebahagian daripada ajaran Taurat dinasakhkan oleh wahyu yang diwahyukan oleh Allah kepadanya.
Apabila Nabi Isa diangkat ke langit, pengikut-pengikutnya yang setia terpaksa mengasingkan diri (beruzlah) kerana mendapat penyeksaan dan kezaliman. Tinggallah mereka yang lemah imannya, dan mereka yang lemah ini membuat penyelewengan terhadap ajaran Nabi Isa a.s. menamakannya dengan agama Kristian.
Agama Kristian ini kemudiannya dibawa ke Barat oleh penganut-penganutnya, dan disesuaikan dengan fahaman keberhalaan apabila paderi-paderi mendakwa mempunyai hak memerintah manusia di atas nama agama. Dakwaan paderi-paderi ini membawa kepada berlakunya pertarungan di antara pihak istana dan pihak gereja.
Di dalam pertarungan ini, pihak istana mencapai kemenangan apabila mereka mendapat kuasa yang lebih besar daripada pihak gereja. Pihak pemerintah membuat keputusan bahawa pihak gereja tidak boleh campur tangan di dalam pemerintahan negara - politik dan agama tidak boleh bercampur. Sehingga pemisahan ini dicatat di dalam kitab Injil yang dipinda oleh mereka, di antara ertinya "Biarkan apa yang bagi Allah itu untuk Allah dan apa yang bagi pemerintah itu untuk pemerintah. Ini bermakna urusan agama diserahkan kepada pihak gereja dan urusan negara diserah kepada pemerintah.
Pertembungan juga berlaku di antara pihak gereja dan ahli sains yang meneroka ilmu-ilmu dunia. Pertembungan ini berlaku kerana di dalam kitab Injil yang diselewengkan oleh ulama'-ulama' Kristian langsung tidak menyebutkan ilmu-ilmu moden yang dikaji dan ditemui oleh ahli-ahli ilmu Barat. Pertembungan yang berlaku ini sangat sengit sehingga ada paderi yang mengeluarkan fatwa yang mengatakan bahawa ahli sains ini sesat dan terkeluar daripada agama dan boleh dibunuh. Akhirnya ia membawa kepada pemisahan di antara agama dan ilmu pengetahuan.Akhirnya lahir di Barat gerakan yang memisahkan terus antara agama dan hidup dunia. Daripada gerakan ini lahir pula dua pendapat yang bercanggah di antara satu sama lain.
Pertamanya pendapat yang dianuti oleh golongan yang menolak agama secara terus seperti fahaman komunis dan sosialis, dan golongan yang berpendapat bahawa alam ini terjadi dengan sendiri, tidak ada tuhan menciptanya seperti yang dibawa oleh fahaman Darwin yang beranggapan bahawa manusia berasal daripada beruk dan kera.
Golongan yang kedua yang agak sederhana yang menolak agama di dalam kegiatan bernegara. Mereka berpendapat bahawa agama tidak dapat disatukan di dalam pemerintahan negara. Urusan agama hanya di dalam gereja dan urusan negara berada di tangan pemerintah.
Fahaman kedua inilah yang dibawa oleh penjajah Barat ke dalam tanahair umat Islam semasa penjajahan mereka. Penjajah berjaya memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan sedikit demi sedikit sehinggalah mereka berjaya memisahkan urusan negara daripada agama secara keseluruhan.
Kejayaan ini berlaku apabila penjajah menguasai urusan pentadbiran negara, sementara urusan agama diserahkan kepada golongan agama seperti kadi dan imam-imam masjid. Urusan agama yang dimaksudkan di sini hanyalah yang berkaitan dengan ibadat perseorangan seperti sembahyang, puasa dan zakat, berkaitan dengan urusan rumahtangga seperti perkahwinan dan penceraian dan berkaitan dengan urusan pembahagian harta pusaka. Urusan adat istiadat juga digolongkan di dalam urusan agama oleh pihak penjajah.
Sementara urusan negara yang lebih luas daripada itu diserahkan kepada penjajah yang memisahkannya daripada ajaran Islam. Urusan hukum-hakam, urusan ekonomi dan urusan pentadbiran dijalankan mengikut cara penjajah. Sebenarnya pemisahan semacam inilah diamalkan oleh pemerintah di tanahair umat Islam pada hari ini yang diwarisi daripada penjajah yang telah memberi kemerdekaan kepada negara-negara umat Islam, termasuklah diamalkan di dalam negara ini.
Inilah sebenarnya tafsir kepada peranan sekular yang dinafikan oleh pihak pemerintah, bahawa mereka tidak berfahaman dengan fahaman sekular. Sebenarnya fahaman ini melarat kepada terhapusnya hukum Islam di dalam tanahair umat Islam.
Kita dapat lihat hukum jenayah hudud, qisas dan takzir tidak dapat dilaksanakan. Ekonomi Islam tidak bebas dijalankan dan kemungkaran-kemungkaran ekonomi berlaku, dan lain-lain peraturan Islam ditinggalkan. Adakah ini masih tidak cukup membuktikan bahawa negara kita ini sebuah negara sekular?
Fahaman ini bercanggah dengan ajaran Islam kerana firman Allah Taala ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan (sempurna dan menyeluruh) dan jangan kamu menjadi pengikut jejak langkah syaitan, kerana dia menjadi musuh kamu yang nyata. (Surah al-Baqarah ayat 208).
Ulama'-ulama' Islam melahirkan penentangan terhadap fahaman tersebut. Apabila berlakunya pemerintahan sekular di Turki selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah terakhir pada tahun 1924, As-Sheikh Mustafa Sabri, Sheikhul Islam terakhir kerajaan Uthmaniyah berkata: Bahawa fahaman sekular yang diamalkan itu merupakan jalan yang paling mudah untuk menjadi murtad terkeluar kepada agama Islam.
Munculnya seorang Sheikh al-Azhar seorang ulama daripada ulama'-ulama' di universiti Al-Azhar yang bernama Ali bin Abdul Razak telah menulis dalam bukunya Al-Islami wa usululhukmi: Islam dan asas-asas hukum, di mana beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengajar umatnya bagaimana memerintah negara, dan Rasulullah s.a.w. hanyalah mengajar umatnya masalah ibadat sahaja.
Ekoran daripada buku tersebut, jawatankuasa ulama' Al-Azhar menarik balik ijazah ulama' yang dianugerahkan kepadanya dan dilucutkan semua jawatan yag berkaitan dengan agama yang diberikan kepadanya malah muktamar Islam yang dilangsungkan di Makkah yang dijalankan oleh Robitatul 'Alamil Islami telah membuat keputusan bahawa fahaman negara suku dan agama suku adalah terseleweng daripada Islam.
Inilah fahaman yang diamalkan di negara kita Malaysia. Umat Islam hendaklah faham dan sedar agar tidak terjerumus ke dalam merbahaya ini maksudnya:
"Adakah kamu beriman dengan sebahagian ibadah kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain? Tidak ada balasan kepada sesiapa yang melakukan sedemikian itu kecuali akan menerima kehinaan di dunia, dan pada hari kiamat akan dimasukkan ke dalam azab neraka yang paling pedih, dan Allah tidak lupa apa yang kamu lakukan".

Sunday, February 17, 2008

NanoCal water treatment system


NanoCal Alkaline Water Filter is a revolutionary product from Gano Excel that employs a 7-filter system to provide you with clean alkaline drinking water without the need to boil the water. The alkalinity in NanoCal's water is a result of the latest filter technology employed by Gano Excel which adds more alkaline minerals into your drinking water. With NanoCal, boiling is no longer necessary thus saving you time and money!

Read on to find out more about NanoCal Alkaline Water Filter and how alkaline water can benefit you.

Why Do We Need A Water Filter?

Malaysians in general have been a health concious lot especially with more awareness programmes held by the Ministry of Health and wider media coverage on health topics. An increasing number of Malaysians are also becoming more particular about their drinking water and many have taken precaution steps by installing water filters at home. So why do we actually need a water filter at home?

Fact 1: Water Pollution

  • Water polution causes poor water quality. This is due to industrial wastes such as hazardous chemicals, organic and inorganic materials, bacteria and viruses. Poor water quality may harm our body if consumed over a long term period. Even though our drinking water has been treated, pollutants may be introduced along the pathway to our homes such as in the water pipes and water tanks. Even boiling water does not kill all bacteria and viruses and all it takes is one disease-carrying organism to contaminate the water to cause harm to you and your family.

Fact 2: Water Treatment

  • The water supplied to our residential areas mostly come from recycled water. As our country develops, fresh water supply becomes more scarce that our drinking water has to be recycled at water treatment plants. Although these treatment plants are supposed to be safe, extensive use of chlorine and other disinfectants is needed to treat the water. Because these treatment plants are maintained by humans, errors can happen and is the reason why sometimes excessive chlorine may be detected in our water supply. In the event that a contaminant fails to be neutralised at the treatment plant, your water filter can at least reduce or completely remove the contaminant from your drinking water thus providing added protection.

Saturday, September 08, 2007

Patutkah kita melupai KEHEBATAN TUHAN

KEUPAYAAN KULIT – DERIA RASA

Dr. Tagatat Tejasen: "Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasool Allah!"

Orang ini sedang melafazkan kalimah syahadah, sekaligus mengesahkan bahawa dia seorang Muslim. Perkara ini berlaku ketika Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh. Orang yang dimaksudkan ialah Profesor Tejatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) di Universiti Chiang Mai, Thailand. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan di universiti yang sama.

Kami bentangkan kepada Profesor Tejasen beberapa ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis yang ada kaitan dengan fakta-fakta kajian tubuh-manusia. Beliau memaklumkan bahawa di dalam kitab agama Buddha juga ada penerangan terperinci mengenai perkembangan embrio. Kami menyatakan kepadanya minat kami untuk melihat penerangan tersebut dan mengenali kitab berkenaan. Setahun kemudian, Profesor Tejasen kembali ke Universiti Raja Abdul Aziz untuk satu tugasan sebagai pemeriksa luar. Kami mengingatkan beliau mengenai kenyataannya setahun yang lalu. Beliau meminta maaf dan menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan tesebut tanpa satu kepastian. Setelah memeriksa kitab-kitab agama Buddha, beliau tidak terjumpa sebarang keterangan mengenai perkembangan embrio itu.

Kemudian kami berikan kepadanya artikel ceramah yang ditulis oleh Profesor Keith Moore mengenai keserasian di antara fakta-fakta kajian embrio moden dan kenyataan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis. Kami bertanya jika beliau mengenali Profesor Keith Moore. Beliau menjawab sudah tentu beliau mengenalinya oleh kerana Profesor Moore ialah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di bidang itu. Selepas mengkaji artikel itu, Profesor Tejasen merasa begitu takjub sekali. Kami bertanya kepadanya beberapa soalan yang berkaitan dengan bidang yang dipakarinya. Satu daripadanya ialah mengenai penemuan mutakhir di dalam kajian kulit (‘dermatology’)- mengenai deria mengesan/merasa yang dimiliki oleh kulit.

Beliau menjawab; Ya, jika kebakaran kulit terlalu parah. Kami beritahu Dr. Tejasen: Tuan tentu berminat untuk mengetahui bahawa di dalam kitab ini, kitab suci Al-Qur’an, terdapat rujukan sejak 1400 tahun dahulu yang membicarakan tentang hukuman keatas orang-orang yang tidak beriman di dalam api neraka; dan ayat itu mengatakan selepas kulit mereka telah musnah sama sekali, Allah subhanahuwata’ala akan menciptakan untuk mereka kulit yang baru supaya mereka boleh terus merasai azab api neraka, menandakan pengetahuan bahawa saraf di dalam kulit ada penghujungnya. Ayat itu berbunyi (maksud):

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” [Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56]

Kami bertanya: Adakah tuan setuju bahawa sejak 1400 tahun dahulu ayat ini merujuk kepada keujudan penghujung saraf di dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: Benar, saya setuju.

Pengetahuan mengenai ciri deria-merasa ini sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat itu bahawa jika seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar kulitnya, kemudian Allah subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru untuknya supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu sejak lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru, mereka menggantikan kulit yang baru.

Kulit ialah pusat kepada deria merasai bahang kebakaran. Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana itulah, Allah subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” [Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56]

Kami menyoal Profesor Tejasen: “Adakah munasabah ayat-ayat ini datang kepada nabi Muhammad s.a.w. bersumberkan seorang manusia? Profesor Tejasen bersetuju bahawa ayat-ayat tersebut tidak mungkin bersumberkan manusia. Jadi beliau bertanya sumber ayat tersebut dan daripada mana Nabi Muhammad s.a.w. menerimanya? Kami menjawab, “Daripada Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.”

Beliau lantas bertanya lagi: “Siapa Allah itu”

Kami menegaskan: Dia ialah Pencipta kesemua makhluk-makhluk. Jika tuan menemui satu ciri kebijaksanaan, ianya kerana ianya datang daripadaNya Yang Maha Bijaksana. Jika tuan menemui pengetahuan mengenai kejadian cakrawala ini, ianya kerana cakrawala ini dicipta olehNya yang memiliki segala ilmu-ilmu. Jika tuan nampak kesempurnaan makhluk ciptaanNya, itu membuktikan Dia Pencipta Yang Maha Mengetahui, dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini membuktikan bahawa makhluk ini ialah ciptaanNya Yang Maha Pemurah. Selain itu, jika tuan melihat alam ini sebagai suatu yang teratur rapi, itu membuktikan bahawa alam ini dicipta oleh Dia satu-satunya Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang Maha Terpuji Lagi Maha Kuasa.


Anatomi Illustrasi kulit manusia

Profesor Tejasen bersetuju dengan penjelasan kami. Beliau kembali ke negaranya dan memberikan beberapa ceramah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu. Kami dimaklumkan bahawa lima daripada pelajar-pelajarnya telah memeluk Islam disebabkan ceramah-ceramah beliau.

Di Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen menghadiri beberapa ceramah berkenaan tanda-tanda kajian perubatan di dalam Al-Qur’an dan hadis.

Profesor Tejasen menghabiskan empat hari bersama-sama beberapa ahli ilmu, Muslim dan bukan-Muslim, berbincang mengenai fenomena sains di dalam Al-Qur’an dan Hadis. Di akhir perbincangan-perbincangan itu, Profesor Tejasen bangun dan berkata: Sejak tiga tahun lalu saya telah mulai berminat mengenai Al-Qur’an yang telah diberikan oleh Sheikh Abdul Majeed Az-Zindani.

Tahun lepas saya telah memperolehi artikel oleh Profesor Keith Moore yang diberikan oleh Sheik ini. Beliau meminta agar saya terjemahkannya ke Bahasa Thai dan memberikan beberapa ceramah kepada umat Islam di Thailand. Saya telah menyempurnakan permintaan beliau. Tuan-puan boleh lihat buktinya di dalam video yang telah saya hadiahkan kepada Sheik. Daripada kajian dan daripada apa yang saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa kesemua yang dicatatkan di dalam Al-Qur’an sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu kebenaran yang boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh kerana Muhammad s.a.w. tidak boleh membaca mahupun menulis, maka Muhammad s.a.w. mestilah seorang rasul yang menyampaikan kebenaran sebagaimana diwahyukan kepadanya oleh Dia Yang Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Allah, atau Tuhan. Justeru, saya fikir sudah sampai masanya untuk saya melafazkan ‘Laa ilaaha illallah’, bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, ‘Muhammad Rasool Allah’, Muhammad ialah seorang Rasul Allah Daripada persidangan ini, saya bukan hanya dapat belajar tentang ilmu-ilmu sains, tetapi juga saya dapat bertemu ramai ahli-ahli sains baru dan menemui ramai kawan-kawan baru. Perkara yang paling berharga yang saya dapat daripada persidangan ini ialah ‘La ilaaha illallah, Muhammad Rasool Allah’ dan kesempatan menjadi seorang Muslim.

Kebenaran sememangnya datang daripada Allah subhanahuwata’ala sebagaimana firmannya yang bermaksud:
Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” [Surah Saba’, 34: Ayat 6]

Mari berfikir

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Wednesday, June 13, 2007

Musim cuti.........

CINTA.... kalimah yang sering ku dengari bila berbicara dengan kawan-kawan seperjuangan bila tiba musim cuti kuliah. Kadang-kadang perbincangan ini sering menatijahkan cerita-cerita gosip, fitnah, "orang kata" dan sebagainya. Namun inginku katakan musim cuti inilah merupakan musim yang paling bermakna buat mereka yang ingin mencari cinta sejati dengan tautan kasih,ikatan naluri dan tambatan hati melalui pernikahan. Tambahan pula dengan dorongan ahli keluarga dan sahabat seperjuangan untuk melihat ikatan yang dibina mendapat restu Ilahi.

Cinta kerana Allah adalah pembuka hati, namun terkadang muncul beberapa perilaku yang menghambat cinta tersebut. Mengekspresikan perasaan cinta tanpa pertimbangan, tanpa penilaian, tanpa kesesuaian dan keserasian, atau tanpa memperhatikan kesan dan kesempatan, dapat menyebabkan timbulnya sikap kontraproduktif.
Cinta kerana Allah dan persaudaraan kerana-Nya, bukanlah galakan untuk menikmati pelampiasan perasaan, atau untuk membuang-buang waktu dengan bersembang atau kegiatan lain yang mengasyikkan tanpa faedah. Juga bukan sekadar untuk mencairkan beban sesama muslim dalam meringankan amanah dan tanggungjawab dakwah yang berat dengan mengadakan kunjungan, memberi sedekah, membuat forum@diskusi dan sebagainya. Namun berbagai hal yang menghabiskan waktu dengan berbagai kewajipan dan tanggung jawab berat padahal bagi mereka waktu adalah kehidupan itu sendiri dengan harapan bahwa semua itu merupakan jalan mudah menuju surga.

Namun persaudaraan kerana Allah adalah curahan perasaan, berjuang untuk membantu saudaranya demi peningkatan potensi diri secara bersama, dengan tarbiyah dan takwin"penyemaian biji", "pembersihan siri", dorongan semangat dan hasrat, penyebaran dakwah melalui persaudaraan yang tulus, ibadah yang khusyuk, serta komunikasi dalam menyampaikan dakwah dengan cara yang baik.

Tidak ada darjat cinta kerana Allah yang lebih agung daripada cinta yang dapat memunculkan keagungan dakwah, membangunkan agamaNya dengan menegakkan daulah Islam di dunia. Oleh itu marilah kita sama-sama mencari cinta hakiki demi Ilahi untuk mendapatkan syurga yang abadi.

Insan.... Manusia.....Hamba......



1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik, Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".


2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.


3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.Nabi SAW. pernah bersabda; "Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan" .Sabda baginda lagi;"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.


4. Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib),
diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan" .Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orangseperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.