MENENTANG KEBEKUAN MINDA
Islam adalah sebuah rumah yang besar. Pelan induk dan hak ciptanya ditetapkan oleh Allah dan segala keperluan di dalamnya di tetapkan mengikut landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Walau bagaimanapun Allah mengizinkan rumah ini diperkembangkan dan dicantikkan dari masa ke semasa di atas pelan induknya yang asal, tanpa mengubah perkara-perkara asas yang terdapat di dalamnya. Inilah hakikat Islam. Ia mempunyai prinsip dan dasar yang tidak boleh diubah, ia mempunyai hukum hakam perincian yang menaungi seluruh kehidupan, ia juga mempunyai bahagian yang menerima perubahan dan pengembangan. Perkara yang menerima pengembangan ialah yang berkaitan dengan metodologi dakwah, tuntutan fardu kifayah, pentafsiran ayat-ayat yang berkaitan dengan alam dan sains, memahami hikmat sesuatu suruhan dalam batas yang diizinkan serta pembahasan hukum hakam ranting yang begitu luas dan pelbagai. Justeru Islam adalah satu agama yang dinamis kerana dalamnya terdapat fleksibiliti dan keluasan untuk menghadapi perubahan.
Terdapat dua unsur penting dalam ajaran Islam yang menjadikannya dinamis, iaitu jihad dan ijtihad. Jihad bermaksud “pelbagai usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menegakkan kalimah Allah” dan ijtihad bermaksud “pencurahan segala kemampuan untuk menentukan hukum syarak dengan cara mengeluarkan hukum dari nas-nas”. Jihad dan ijtihad adalah perlu kerana tanpanya agama Islam akan menjadi beku dan tidak relevan dan untuk itu ilmu yang mantap lagi luas amat diperlukan.
Syariat Islam akan terus berkembang dan masalah baru akan muncul menggantikan masalah lama dan kesemua ini memerlukan ilmu dan ijtihad untuk menyelesaikannya. Perubahan zaman kadangkala memerlukan perubahan hukum. Sesuatu hukum ranting yang sesuai dilaksanakan pada suatu zaman mungkin sudah tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan di zaman yang lain. Kaedah feqh ada menyatakan, “Perubahan fatwa dan perbezaan pendapat tentangnya boleh berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, tempat, suasana, niat dan adat”.
Profesor Dr. Yusuf Qardawi di dalam Al-Ijtihad fi Asy-Syariat Al-Islamiah berpendapat, banyak perubahan besar telah berlaku di dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan budaya pada abad ini. Hal ini menuntut seseorang fakih menganalisis pendapat-pendapat yang diutarakan sebelum ini dan menolak mana-mana pendapat yang sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan dan situasi yang wujud pada hari ini. Sebagai contoh, majoriti ulama feqh sebelum ini menggalakkan kaum wanita melaksanakan solat di rumah sahaja dan tidak di masjid sedangkan pada hari ini suasana sudah berubah. Ramai kaum wanita keluar rumah untuk ke sekolah, pejabat, pasar raya, pusat pengajian tinggi dan seumpamanya. Adalah teramat pelik jika kaum wanita diizinkan untuk pergi ke tempat-tempat ini tetapi dilarang untuk melaksanakan solat di masjid. Pada ketika yang sama, di sudut perbandingan agama, wanita-wanita kristian diizinkan beribadah di gereja, demikian juga dengan wanita-wanita Yahudi, Hindu, penyembah-penyembah berhala serta penganut-penganut agama lain. Jika agama Islam dilihat menghalang wanita-wanitanya beribadah di masjid, ia pasti akan mendatangkan kesan yang amat negatif terhadap agama Islam. Di sudut dalil memang terdapat nas yang menyuruh kaum wanita bersolat di rumah namun ia tidak bermakna mereka dilarang sama sekali dari melaksanakan solat di masjid berdasarkan sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud yang bermaksud, “Janganlah kamu melarang wanita-wanitamu pergi ke masjid Allah dan hendaklah mereka keluar tanpa wangi-wangian.” Justeru mengizinkan wanita ke masjid untuk bersolat serta melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan di sana amat sesuai dengan suasana pada hari ini apatah lagi memang terdapat nas yang mengizinkannya.
Sebenarnya Islam berkembang mengikut tuntutan suasana dan keadaan sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, di peringkat awal Islam umat Islam tidak diizinkan menziarahi kubur tetapi kemudiannya diizinkan kerana mereka sudah dapat membezakan antara budaya Islam dan jahiliah. Peperangan tidak diizinkan di Mekah tetapi diizinkan di Madinah kerana keperluan. Salah satu hadis yang menunjukkan umat Islam perlu terus berkembang dengan idea dan teknologi baru ialah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Pada suatu hari nabi menziarahi rumah emak saudara baginda yang bernama Ummu Haram dan tidur di situ. Tiba-tiba baginda terjaga daripada tidur dan terus tertawa dan ini berlaku sebanyak dua kali. Ketika ditanya oleh Ummu Haram tentang sebabnya, nabi menjelaskan, “Aku diperlihatkan dalam mimpi satu golongan dari umatku yang berperang di lautan dan mereka berkeadaan seperti raja-raja di atas takhta.” Berkata Ummu Haram, “Doakanlah agar aku termasuk dalam golongan ini.” Jawab Rasulullah, “Kamu akan bersama-sama dengan kumpulan yang awal.”
Mengikut sejarah, teknologi perkapalan tidak pernah diterokai di zaman nabi. Namun hadis ini menunjukkan teknologi ini akan diterokai dan dikuasai oleh umat Islam selepas kewafatan nabi dan baginda bergembira dengannya. Ini menunjukkan Islam tidak pernah menghalang malah sebaliknya menggalakkan penerokaan ilmu-ilmu baru selagi mana ianya berfaedah untuk kehidupan manusia.
Berhubung dengan hukum hakam feqh, perubahan hukum juga diperlukan dari masa ke semasa kerana kadang kala hukum hakam yang diamalkan sebelum ini tidak lagi relevan untuk dilaksanakan pada hari ini. Berhubung dengan ini, Profesor Dr. Yusuf Qardawi dalam Al-Ijtihad fi Asy-Syariat Al-Islamiyah berkata, “Ijtihad yang kami maksudkan hendaklah diarahkan kepada pembahasan masalah-masalah baru dan moden bertujuan untuk mencari satu penyelesaian berdasarkan nas-nas yang asal. Di samping itu wujud keperluan untuk meninjau semula pendapat-pendapat lama bertujuan untuk mengubah atau menambah pendapat-pendapat itu bersesuaian dengan keadaan serta keperluan zaman sekarang... Hal ini disebabkan kebanyakan nas yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah bersifat Dzanni (iaitu terbuka kepada tafsiran). Barangkali mujtahid pada hari ini dikurniakan dengan suatu pengertian yang belum pernah dimiliki oleh ulama terdahulu, atau mungkin pendapat itu pernah diutarakan oleh ulama salaf atau khalaf sebelum ini tetapi pendapat itu akhirnya hilang kerana ia tidak diperlukan pada zaman itu (tetapi ia sesuai untuk dilaksanakan pada hari ini)..”
Untuk berjaya pada hari ini, umat Islam perlu menerima perubahan yang berlaku di depan mata mereka secara positif dan seterusnya berani membuat pengubahsuaian pada hidup untuk menghadapi perubahan itu. Umat Islam juga perlu bersedia untuk menerima pandangan-pandangan baru dalam agama selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

Petikan daripada Buku 7 Formula Individu Cemerlang
Oleh Dr. Danial Zainal Abidin
0 Comments:
Post a Comment
<< Home