Peliknya Umatku
BOLA punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.
Peliknya umatku.... menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematianseseorang ulama dan solehin?
Peliknya umatku.... sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan ke dalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.
Peliknya umatku.... gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedihsekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. MalaysianIdol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.
Peliknya umatku.... sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.
Peliknya umatku.... setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje.
Peliknya umatku.... setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..takramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid
Peliknya umatku....setiap kali ditulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.
Mudah-mudahan kita sentiasa ingat-memperingati... antara satu sama lain
0 Comments:
Post a Comment
<< Home